Tadika Vonad di Blok B, Presint 15-12A Putrajaya telah mula beroperasi sejak awal tahun 2011. Tadika ini terletak di sebelah Taska Vonad di bangunan yang sama. Bisnes Tadika Vonad telah berkembang ke beberapa lokasi termasuk di Presint 16 Putrajaya, Presint 9 Putrajaya, Presint 18 Putrajaya, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi dan Kajang Impiana, Kajang. Tadika Vonad terbuka kepada ibu bapa yang serius dengan pembelajaran berkualiti anak-anak di Tadika-Tadika Vonad yang berdaftar dengan KPM.

Pengasas Utama Tadika Vonad adalah pasangan Pn. Hjh Salimah Abd Hamid dan Tn. Hj. Omar bin Yusof. Pn. Hjh Salimah telah berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia selama 38 tahun. Beliau  terlibat dengan Institusi-Institusi Kanak-Kanak JKM di bawah Bahagian Kanak-kanak. Beliau juga pernah menjadi penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur selama 2 tahun di mana isu-isu salah laku kanak-kanak sering dibicarakan. Selain memiliki Ijazah beliau juga lulus Kursus-Kursus tentang Pendidikan dan Asuhan Kanak-kanak  Beliau telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang pada awal tahun 2009 bagi menganjurkan Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK) dan mulai tahun 2013 Kursus Asuhan PERMATA. Penyertaan terbuka kepada semua pengusaha dan staf taska daripada seluruh negara.

Dengan adanya Pusat Latihan ini, semua pengasuh pendidik di Tadika Vonad kini diwajibkan hadir dan lulus. Kursus KSPK dan CEFR juga dijalankan di sini bagi meningkatkan standard pengajaran dan pembelajaran guru-guru di Tadika Vonad. Dengan cara ini juga kualiti pembelajaran kanak-kanak di Tadika-tadika Vonad dapat dijaga dan diteruskan supaya semua pekerja Tadika Vonad dapat menjalankan aktiviti pembelajaran selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Manakala, Tn. Hj Omar bin Yusof selain mempunyai Ijazah, berpengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik iaitu sebagai Pengarah IKS, di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Penyertaan Bumiputera Jabatan Perdana Menteri Cawangan Pulau Pinang dan PERDA dan mulai tahun 1994 menjadi Usahawan PUNB selama 10 tahun membuka kilang elektrokik PCBA. Atas pengalaman beliau yang luas, beliau telah dapat membantu mengendalikan pusat latihan Vonad dan seterusnya meluaskan operasi Pusat Latihan selain mengembangkan lagi kawasan operasi projek-projek Taska Vonad dan Tadika Vonad.

 

 

Misi Kami

​Misi kami adalah untuk menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi mengintegrasikan amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak dan untuk mengoptimumkan potensi kanak-kanak secara holistik dan bersepadu
 



Visi Kami

Visi utama kami adalah untuk membangunkan individu yang bermutu dari segi intelek, rohani, emosi , fizikal,  keseimbangan dan mampu menyumbang secara positif kepada keluarga, masyarakat dan alam sekitar
 



Objektif Kami

  • Untuk menggalakkan pembelajaran yang optimum dan seimbang melalui penggunaan teknologi interaktif dan strategi pengajaran-pembelajaran yang terbukti
  • Menggalakkan penyertaan aktif pelajar, supaya mereka dapat memantau dan menentukan pembelajaran mereka sendiri, mengikut kepentingan dan keperluan serta kebolehan mereka
  • Untuk merangsang pemikiran analitikal, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam semua pelajar
  • Untuk memasukkan nilai-nilai penyayang dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya kanak-kanak yang akan seterusnya menjadi individu yang bertanggungjawab di dalam keluarga, komuniti dan masyarakat
  • Mengintegrasikan pembelajaran dan penilaian pelbagai disiplin secara berterusan
 

About Us

Di Tadika Vonad visi utama kami adalah untuk membangunkan individu yang bermutu dari segi intelek, rohani, emosi , fizikal,  keseimbangan dan mampu menyumbang secara positif kepada keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

 

Address

Tadika Vonad (M) Sdn Bhd
No 5A,
Jalan Hentian 3,
Hentian Bas Kajang,
Off Jalan Reko,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia

Phone

+60 3-8737 4275

Send Email